BERITA

Juruterbang MAS jalani pemeriksaan kesihatan

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Mac 2014, 12:45 pagi

Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) melalui pemeriksaan kesihatan, termasuk ditemubual untuk memastikan keadaan psikologi yang stabil sekurang-kurangnya setahun sekali, kata MAS.

“Berhubung ujian psikologi, apabila kami ambil juruterbang baru kami biasanya memeriksa secara tahunan dan setiap enam bulan, bergantung kepada umur dan (pemeriksaan) kesihatan...," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Menurutnya, ia dilakukan melalui temubual dengan doktor bidang penerbangan.

Beliau memberitahu pemberita demikian dalam sidang media harian di Kuala Lumpur hari ini berhubung perkembangan usaha mencari MH370.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.