BERITA

Agensi pelancongan China henti jualan tiket MAS

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Mac 2014, 6:15 pagi

Agensi pelancongan atas talian China menghentikan jualan tiket untuk penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

South China Morning Post melaporkan beberapa agensi popular China akan memulaukan MAS sehingga "kebenaran terserlah" dalam kes MH370.

Agensi yang tidak lagi menjual tiket penerbangan MAS sebagai pilihan termasuk agensi popular seperti eLong, LY.com dan Qunar.

Bagaimanapun, harian itu melaporkan Ctrip.com, agensi pelancongan atas talian terkenal, masih menjual tiket MAS ekoran “bantahan daripada jabatan jualan”.

[Baca berita penuh]

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.