BERITA

PKR: Zaid proksi Umno di Kajang

Nigel Aw

Diterbitkan
Dikemaskini 17 Feb 2014, 2:00 tengahari

PKR mempersoalkan sama ada Umno di sebalik keputusan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim yang secara tiba-tiba menyatakan hasrat bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac depan.

"Persoalannya: Adakah Umno di sebalik Zaid bertanding (di Kajang).

"Sekiranya Umno di belakang keputusan itu, saya cabar Umno letak calon mereka daripada menghantar Zaid Ibrahim," kata Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution dalam sidang medianya hari ini.

Kerusi DUN Kajang secara tradisinya ditandingi MCA tetapi beberapa pihak dalam BN sedang melobi supaya kerusi tersebut ditandingi Umno.

Semalam, Zaid mengumumkan hasratnya bertanding calon Bebas untuk menyentap "Langkah Kajang" PKR sekaligus memastikan Tan Sri Khalid Ibrahim akan meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar Selangor sekiranya beliau menang.

[Baca berita penuh]

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.