BERITA

KJ: Zaid Ibrahim jejaskan peluang PKR

Nigel Aw

Diterbitkan
Dikemaskini 17 Feb 2014, 10:38 pagi

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, keputusan Datuk Zaid Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang akan menjejaskan peluang PKR dan bukan BN.

Khairy membangkitkan gesaan Zaid supaya pemilih menguncinya bagi memastikan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

“Bagi BN, Zaid hanya menambah masalah bagi PKR yang dilihat rakyat sebagai pergolakan dalaman,” katanya.

Zaid ( kanan ), seorang menteri Umno pernah menyertai PKR sebelum menubuhkan parti sendiri, yang juga tidak bertahan lama.

Khairy yang melawat Kajang untuk kali pertama sejak pilihan raya kecil diumumkan juga mengkritik tindakan Anwar menangani konflik dalaman sehingga membawa kepada pilihan raya kecil.

“(Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali gelar Anwar pemimpin bertaraf dunia tetapi dia (Anwar) sebaliknya gagal selesaikan masalah antara Azmin dan Khalid dan kini mereka menarik rakyat bersama-sama.”

[Baca berita penuh]

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.