BERITA

Kenapa Teresa keberatan namakan Rosmah

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Feb 2014, 9:16 pagi

Setelah darah ayam terpercik di gambar Teresa Kok, ini kisah yang pengkritik anggota Parlimen Seputeh itu mungkin tidak suka dengar.

Teresa sedang berjalan di Gombak, Selangor. Kemudian beliau mendengar bunyi hon dan namanya dipanggil.

“Teresa Kok, video klip kamu bagus!”

Begitu Teresa menceritakan semula kisah itu kepada KiniTV pada Rabu, termasuk menggunakan isyarat tangan sekali.

“Saya tak jangka ini daripada orang Melayu. Mereka (pengkritiknya) secara tidak langsung mempromosikan video saya kepada audiens yang lebih besar,” katanya.

Teresa merujuk kepada video Tahun Baru Cina kontroversinya “Onederful Malaysia”, satira politik dalam bentuk bual bicara olok-olok.

Ia membariskan tiga pakar feng shui yang menyentuh pelbagai isu.

Satu daripada watak dalam video itu bernama Mrs Jit ( kiri ), seorang wanita yang gemarkan beg tangan mewah dan batu permata.

Ramai rakyat Malaysia menganggapnya sebagai parodi terhadap isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Teresa bagaimanapun gemar menyerahkan tafsiran itu kepada penonton sendiri.

“Sehingga sekarang, mereka (termasuk Rosmah) tidak kata apa-apa bukan? Jadi, lebih baik saya tak kata apa-apa. Saya ambil pendirian, kalau kamu kata begitu, begitulah,” kata Teresa.

[Baca berita penuh]

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.