BERITA

Waytha letak jawatan timbalan menteri

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Feb 2014, 10:49 pagi

Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Setiausaha PHM P Ramesh berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 5.05 petang.

“Dalam surat peletakan jawatan itu, dijelaskan sebab-sebab kenapa beliau mahu melepaskan jawatannya dalam pentadbiran sekarang,” kata Ramesh.

Kenyataan ringkas dua perenggan sebentar tadi itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada jawatan senator yang disandang Waythamoorthy turut dilepaskan.

Sebelum ini, Sin Chew Daily yang turut memetik Ramsesh melaporkan, Waythamoorthy juga menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai senator kepada Dewan Negara hari ini.

Dua hari lepas, PHM mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan Waythamoorthy akan meletakkan jawatan kerajaan berkuat kuasa hari ini.

[Baca berita penuh]

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.