BERITA

Pesan terakhir Taib: S'wak untuk orang S'wak

Nigel Aw

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Feb 2014, 1:07 tengahari

Pesan terakhir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum bersara adalah memastikan pemimpin negeri menjaga hak Sarawak dan memastikannya terus dipimpin oleh orang Sarawak sendiri.

Setiausaha Agung BN negeri Stephen Rundi Atom berkata pesanan itu diberikan Taib pagi ini ketika pemimpin berumur 77 tahun itu mempengerusikan mesyuarat pimpinan BN Sarawak untuk kali terakhir.

"Kata-kata kuat beliau adalah kami perlu melindungi hak negeri seperti termaktub dalam perlembagaan," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat di ibu pejabat PBB petang tadi.

Ditanya samada ia bermaksud memastikan Umno tidak meluaskan pengaruh mereka di Sarawak, Stephen membalas: "Sesuatu seperti itu."

"Apa yang kami (PBB) buat kini sama seperti apa yang diaspirasikan Umno di pihak mereka (berkhidmat kepada masyarakat Bumiputera di Semenanjung), tidak perlu melakukan usaha sama di sini (dengan adanya Umno di Sarawak)," tambah beliau.

Stephen berkata Sarawak berbeza dengan Semenanjung dan hanya rakyat Sarawak boleh memahami kerumitan yang dihadapi dan memastikan keharmonian negeri - yang terdiri lebih 43 kaum dan suku kaum berbeza.

[Baca berita penuh]

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.