BERITA

Mahathir nafi di belakang usaha jatuhkan Najib

Ahmad Fadli KC

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Jan 2014, 3:31 pagi

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno.

Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno.

"Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun.

"Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.