BERITA

Nurul Izzah dilapor fail penceraian

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Jan 2014, 9:03 pagi

Spekulasi meluas bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah syariah, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bulan lalu.

Dilaporkan juga bahawa anak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu enggan mengulas dengan alasan ia hal peribadi.

Bagaimanapun, menjawab soalan berkaitan di Twitter, beliau menjawab " Nope " (tidak).

Beliau disoal seorang pengguna: " salam, betul ke akak tuntut fasakh ... keluar news "

Beliau menjawab: "w assalam. Nope ".

Penceraian boleh berlaku sama ada melalui ta'liq, fasakh atau tebus talak.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.