BERITA

Tarikan baru Beverly Hills – rumah Riza RM58 juta

Diterbitkan
Dikemaskini 22 Jan 2014, 7:04 malam

Riza Shahriz Abdul Aziz ( gambar bawah, kiri sekali ), anak kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor, didakwa memiliki sebuah lagi harta tanah mewah.

Sarawak Report mendakwa, rumah agam 11,500 kaki persegi di West Hollywood dijual padanya dengan harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010.

Laman pembocor maklumat itu melaporkan, pihaknya sudah melawat tapak itu dan mendapati kediaman asal diruntuhkan dan dibina baru, lengkap dengan kolam renang “sangat luas” di laman depan.

“Orang dalaman yang dipercayai mengesahkan bahawa pembinaan semula itu melibatkan kos lebih beberapa juta lebih daripada harga asal yang diminta, menjadikan kos harta tanah itu menghampiri harga harta tanah Riza sebelum ini AS$33.5 yang kami dedahkan dibeli di New York pada 2012.”

Laporan itu menyebut ia didaftarkan atas nama syarikat 912 North Hillcrest Road (BH) LLC di Delaware.

[Baca berita penuh]

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.