BERITA

SKMM nafi sekat ISP 'kangkung'

Lee Long Hui

Diterbitkan
Dikemaskini 17 Jan 2014, 1:28 pagi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) supaya menyekat sebuah artikel di lamanweb BBC mengenai kangkung yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Merujuk kepada artikel bertajuk “#BBCtrending: Be careful what you say about spinach”, Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman (kanan) berkata ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Sheikh Raffie berkata, SKMM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ISP atau mana-mana pihak untuk menyekat artikel itu.

Artikel tersebut "tidak lagi disekat" pada jam 11.51 pagi ini selepas pelbagai laporan berita dan aduan daripada warga siber memenuhi beberapa forum dalam talian sejak malam tadi.

Sementara itu, memerik Penolong Pengurus Komunikasi Korporat TM, Asma Abdul Aziz, Astro Awani melaporkan, TM kini sedang menyiasat perkara tersebut.
Kenyataan media akan dikeluarkan selepas siasatan itu, menurutnya lagi.

[Baca berita Penuh]

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.