BERITA

Mufti: Haramkan sembang maksiat di laman sosial

Diterbitkan
Dikemaskini 9 Jan 2014, 6:50 petang

Dua orang mufti Malaysia menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan perbualan orang bukan muhrim menerusi laman sosial yang didakwa mendorong kepada perlakuan maksiat.

Menurut laporan Berita Harian , Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, itu menuntut Majlis Fatwa mengambil tindakan berkenaan, selari dengan fatwa dikeluarkan pemimpin Iran Ayatollah Ali Khamenei.

Menurut Abdul Rahman, pegaulan yang menjurus kepada maksiat atau bertentangan Islam dilarang dalam Islam, walaupun di media sosial.

“Contoh mudah adalah memberi salam. Jika tidak ada tujuan dan disalah guna untuk permulaan perbualan kurang berfaedah, ia tidak wajib dijawab.

“Melihat pasangan yang bukan muhrim tanpa ikatan sah di media sosial juga tidak dibenarkan.

“Perbuatan ini dilarang dalam Islam kerana boleh mengundang nafsu,” kata Abdul Rahman seperti dipetik dalam laporan itu.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.